MESYUARAT PEMBINAAN STANDARD PRASEKOLAH
Tuesday, October 4, 2011
Read more...

Kursus ini diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Ianya melibatkan kumpulan guru prasekolah dari seluruh negeri Selangor.
Ianya bermula dari 1 – 4 November 2010 dan dipecahkan kepada kumpulan 3, 4 & 5. Kumpulan 1 & 2 telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Bagan Lalang.
Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Ng Soo Boon, Ketua Sektor Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bengkel Pemurnian Bahan ICT dan Kawal mutu
Rancangan Pelajaran Tahunan telah diadakan di Hotel Heritage, Ipoh pada 25-28 Oktober 2010.
Bengkel ini dihadiri oleh Jurulatih Utama ICT dan Juruatih Utama Prasekolah Negeri Selangor.
Program Rintis Bijak Prasekolah Peringkat Kebangsaan ini telah diadakan dengan jayanya pada 20-22 Oktober di INTEKMA Resort, Shah Alam.
Ianya disertai oleh Kontinjen murid prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dari negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.bhg. Dato Hjh. Noorizan Bapoo Hashim, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia ( Sektor Operasi Pendidikan ) Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tahniah kepada Kontinjen Prasekolah Selangor kerana telah mengungguli negeri-negeri lain dalam program ini.
Read more...
Blog Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Selangor telah dilancarkan secara rasmi oleh Tuan Sulaiman b. Wak (Pengarah Pelajaran Selangor)
Majlis ini disempurnakan pada 13 Julai 2010 di Hotel Empress, Sepang. Hadir sama pada majlis ini ialah En. Hasnol Hadi B. Abdullah Sani ( Ketua Sektor Akademik JPS ), Pn. Azilawati bt. Abu Bakar ( Penolong Pengarah Kurikulum Prasekolah JPS ), Pegawai-Pegawai Prasekolah Daerah dan kumpulan kursus Literasi ICT Prasekolah kumpulan 5 & 6.
Dengan lahirnya Blog Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Selangor ini diharap dapat membantu menjadi wahana perkongsian dan penyebaran maklumat secara lebih cepat dan berkesan.
Dari Kiri; En. Hasnol Hadi ( KS Akademik JPS ), Tn. Sulaiman b. Wak ( Pengarah JPS ) dan Pn. Azilawati ( Pn. Pengarah Prasekolah JPS ).
Pelancaran rasmi Blog Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Selangor.
Read more...
Penyampaian Slot oleh Jurulatih Utama ICT Prasekolah En. Fahmi
Peserta-peserta Kursus daripada Kumpulan Guru Prasekolah PPD Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Dari kiri; Sulaiman bin Wak (Pengarah Pelajaran Negeri Selangor), Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom ( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia), Tn Hj Bajuri ( Timbalan Pengarah Pelajarn Selangor), Pn. Azilawati Abu Bakar (Penolong Pengarah JPS)
Tahniah diucapkan kepada Pn. Liew Jieh Lee dari SJKC Subang yang telah menerima Anugerah Guru Inovatif (prasekolah) sempena Sambutan hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010 di Kuantan baru-baru ini.
Pn. Liew dengan hasil inovasinya “ Funny Cube Game” berjaya menarik minat ramai murid prasekolah untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Sewajarnyalah pengiktirfan sebegini dianugerahkan kepada beliau. Semoga hasil inovasi ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru prasekolah Petaling Perdana dan seluruh Malaysia.
Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Komitmendiiktiraf/Article/
© Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP