MESYUARAT PEMBINAAN STANDARD PRASEKOLAH

Tuesday, October 4, 2011

Sektor Pengurusan Prasekolah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM telah mengadakan mesyuarat tersebut pada 4 - 6 Oktober 2011 bertempat di Selesa Beach Resort Port Dickson. Seramai 15 orang guru prasekolah Selangor telah dipilih untuk menghadiri mesyuarat bersama-sama dengan guru-guru prasekolah dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.




Read more...

Pemilihan Guru Inovatif Negeri Selangor 2011

Monday, April 11, 2011

Pertandingan Guru Inovatif adalah bertujuan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang telah menghasilkan idea inovatif dalam pelaksanaan kurikulum serta meningkatkan profesionalisme keguruan.

Terdapat 10 calon guru inovatif yang bertanding bagi kategori prasekolah peringkat negeri Selangor. Pegawai-pegawai dari Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Selangor kini sedang giat memantau dan menilai calon-calon guru inovatif tersebut.

Pegawai yang terlibat dengan penilaian Guru Inovatif 2011: En. Yusof Abdul, En. Ismail Abdullah, Pn. Azilawati Abu Bakar dan Pn. Che Harison Othman.

Read more...

KURSUS PENYEBARAN MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID PRASEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 2010

Monday, November 1, 2010

Kursus ini diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Ianya melibatkan kumpulan guru prasekolah dari seluruh negeri Selangor.
Ianya bermula dari 1 – 4 November 2010 dan dipecahkan kepada kumpulan 3, 4 & 5. Kumpulan 1 & 2 telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Bagan Lalang.
Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Ng Soo Boon,  Ketua Sektor Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

_DSC0549 _DSC0550 _DSC0553  _DSC0558 _DSC0561

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP